eKelas Penggal 2 Minggu 27

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 27 ini telah diadakan pada 18 dan 19 Oktober 2019 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag.

Pada minggu ini para pelajar mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang dijalankan secara Live Tutorial bersama guru eKelas. Mereka juga diberi tips-tips untuk menjawab soalan peperiksaan berkaitan subjek-subjek tersebut. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk membuat ulangkaji menggunakan learning port yang dapat diakses melalui portal ekelas.com.my.

Sesi eKelas pada minggu ini telah dihadiri seramai 6 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali